KESATRIA COMMANDER RECRUITMENT SYSTEM
"Mind Over Matter"
LATEST ANNOUNCEMENTS
No announcements available at the moment.
Kenali Komander Kesatria
Bahagian ini memaparkan maklumat utama Komander Kesatria UiTM seperti visi, misi, ikrar, carta organisasi dan lagu Kesatria Jaya.
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Rukun Negara
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokrasi; mencipta satu masyarakat yang adil; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan; dan membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Ikrar Komander Kesatria
Maka kami, Komander Kesatria UiTM dengan ini berikrar akan sentiasa berpegang teguh kepada Rukun Negara, mempertahankan hak dan perjuangan institusi kami dan kami akan sentiasa menjaga nama baik UiTM.
Carta Organisasi
Struktur organisasi Unit Kokurikulum, MPKK dan Batalion.
Lagu Kesatria Jaya
Video dan lirik rasmi Kesatria Jaya.
Bersama kita maju,
Mencapai hasrat dituju,
Wawasan kita bina bersama,
Kesatria jaya,
Semangat waja harus dibina,
Kesatria jaya
Berilmu berdisiplin,
Itulah pegangan kami,
Bergerak Pantas, Minda cerdas,
Capai azam dan cita,
Panji Satria dikibarkan,
Dengan megah kami mara,
Setiap langkah dan usaha,
Hasrat kami terbukti jadi nyata,
Harum mekar nama mu,
Bak bunga di taman ilmu,
Menjunjung bangsa maju negara,
Gemilang selamanya.
Ko-Kurikulum HEP-KJM
List of officers and contact information for Co-Curriculum at the Jasin Campus.